Pukul 12:00 pm – Kami bersama team Festival Pengantin berada di Tasik Maritim Putrajaya untuk melihat sendiri persiapan pelamin untuk persandingan Farah AF2 & Johan yang akan berlangsung pada 16 Julai 2011, Sabtu. Majlis persandingan akan bermula pukul 8 malam esok dengan diiringi sebuah kenderaan klasik serta selawat yang dialunkan oleh penyanyi, Mawi & beberapa kanak-kanak jemputan.
Sekitar pukul 3 petang, kami akan menaiki Cruise Putrajaya untuk menyaksikan sendiri majlis pernikahan Farah AF2 & Johan. Satu majlis yang amat unik kami kirakan.
Pukul 4:00 pm -
Pihak lelaki membawa 7 dulang hantaran berbalas 9 dulang daripada pihak perempuan. Johan menerima seutas jam tangan Oris, sehelai baju Armani Exchange, sebiji kek & tali pinggang Gucci. Manakala, Farah menerima senaskah Al-Quran, sebuah iPad, seutas beg tangan Gucci, satu set wangian Chloe.
Pukul 4:30 pm-
Cruise Putrajaya berangkat bersama kaum keluarga kedua-dua belah pihak & pihak media untuk upacara akad nikah. Keunikan pernikahan Farah AF2 yang berlatar belakangkan Putrajaya menjadi buah mulut para hadirin.
Johan, 26 dengan sekali lafaz serta mas kahwin RM2500 serta hantaran bernilai RM25185 telah bergelar suami buat Farah. Mereka telah dinikahkan oleh juru nikah, Haji Abdul Rani.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét