Thứ Năm, 28 tháng 7, 2011

Black Lancar Album Baru, Obsesi Dengan Wanita.

Album Obsesi ini menampilkan gabungan komposer baru dan lama seperti Iswandy, Sham Kamikaze, Audi Mok, Shazee Ishak & Anjang Jinbara, gabungan yang sememangnya memberikan satu kelainan dalam industri hiburan hari ini.

“Secara keseluruhan, saya amat teruja dengan penghasilan album pertama saya ini, OBSESI. Sebagai orang baru di dalam industri hiburan, saya memberikan sepenuh kepercyaan saya kepada syarikat rakaman, Monkey Bone dan saya berpuas hati”, kata Black mengenai album sulung beliau.

Semalam, Black menghiburkan peminat sempena pelancaran mini showcase album terbarunya di Superstar, Wangsa Walk, Wangsa Maju. Black muncul dengan penampilan istimewa, berjersikan Harimau Malaya sebagai satu signifikasi untuk pasukan Malaysia yang melawan Singapura di Stadium Bukit Jalili, semalam. Sambutan yang diberikan oleh peminat amat memberangsangkan, ada yang sporting belaka, ada yang menghafal keseluruhan album Black.

Leia, Geena, Natalia, Dewi Aleeya & Sofea Jane merupakan tajuk lagu-lagu yang dimuatkan dalam album Obsesi ini. Kami tertanya-tanya juga, adakah nama-nama berkenaan merupakan senarai bekas teman wanita Black sebelum ini?

“Idea untuk menggunakan nama-nama wanita sebagai tajuk lagu adalah secara spontan daripada saya sendiri. Semuanya bermula daripada Sofea Jane, dimana saya suka dengan pelakon tersebut. Kemudian, saya rasa ia satu keunikan jika nama wanita dijadikan judul untuk lagu-lagu yang telah dimuatkan dalam album Obsesi ini. Judul lagu diberikan oleh pihak label, kemudian saya sendiri akan pilih mana yang sesuai,” jelas Black mengenai judul lagunya.

Mengenai dunia lakonan pula, Black pertama kali mencuba berlakon dalam drama Dewa Cinta bersama Fasha Sandha & Iqram Dinzly.

“Pertama kali saya berlakon dalam drama, Dewa Cinta. Setakat ini, saya tidak dengar lagi sebarang komen mengenai lakonan saya, sama ada kayu atau sebaliknya. Tetapi, secara peribadinya saya rasa lakonan saya macam kayu’lah. Ha ha,” kata Black yang sempat bergurau bersama pihak media, semalam.

Album Baru Black ObsesiBlack ObsesiBlack ObsesiBlack ObsesiBlack ObsesiBlack Obsesi
Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét