Thứ Năm, 28 tháng 7, 2011

Kenapa Pilih Eropah Timur Untuk Jejak Rasul 17?

Jejak Rasul edisi ke-17 bakal menghiasi bulan Ramadhan ini, yang dibawa khas oleh pihak TV3 bagi meninjau sendiri kesan-kesan sejarah di kawasan Eropah Timur, iaitu Rusia. Istimewanya, siri ‘Legasi Muhammas S.A.W di Eropah timur’ mengajak penonton menyingkap kebangkitan Islam di Eropah Timur dengan menyelami budaya, resam hidup dan sejarah lampau penduduk Islam berketurunan Slavic, Tatar serta Caucasus di Rusia dan Ukraine.

Siri dokumentari ini akan menemui penonton TV3 sepanjang bulan Ramadhan ini, bermula 1 Ogos 2011 jam 6.30 petang selama 30 minit setiap hari.

OHBULAN! berkesempatan menemubual Mat Nasir Yusof, selaku penerbit & wartawan untuk Team C yang melakukan tugasan di Dagenstan & Chechnya. Ikuti ceritanya selepas ini.

“Sebelum ini, Jejak Rasul kerap menghidangkan dokumentari mengenai dakwah Islam yang berlaku di tanah Arab & kawasan sekitarnya. Maka, untuk siri ke-17, kami memilih negara Rusia untuk membawa kelainan daripada segi cabaran serta kandungan buat penonton setia Jejak Rasul.

“Menurut kajian kami, Islam mula bertapak di negara Rusia melalui satu kawasan bernama Derban pada tahun 642 masehi. Apa yang menariknya, Rasullah telah wafat pada tahun 632 masehi dimana dengan hanya mengambil masa 10 tahun, Islam berjaya dibawa ke sana. Antara pendakwah-pendakwah yang datang ke sana berasal daripada Syria, Syam, Mekah, Madinah & Baitul Maqdis.

“Pasukan Jejak Rasul telah dipecahkan kepada 3 kumpulan, Team A, B & C. Team A diketuai oleh Mazlin Nordin menjalani pengambaran ke Moscow & Ukraine. Team B pula diketuai oleh Wan Farid Wan Mohamed ke St. Peterburg & Tatarstan,” kata Mat Nasir Yusof yang ditemui di Cineleisure, The Curve, semalam.

Mat Nasir Yusof juga berkongsi pengalaman serta cabaran yang dihadapi oleh Team C sepanjang berlangsungnya pengambaran Jejak Rasul 17.

“Cabaran besar bagi kami, seperti yang umum tahun Chechnya merupakan negara yang bergolak dimana peperangan baru sahaja berakhir pada tahun 2009. Sebenarnya, agak sukar untuk media memasuki negara Chechnya. Negara itu telah dilabelkan oleh media barat sebagai negara yang tidak selamat dikunjungi.

“Pihak Rusia lebih suka kami membuat liputan di Moscow. Sudah ditakdirkan, kami berjaya mendapat visa ke Chechnya seminggu sebelum bertolak ke sana. Pada kami, separuh daripada cabaran Jejak Rasul 17 sudah selesai.

“Banyak media yang cuba masuk ke Chechnya, namun tidak berjaya. Kumpulan Jejak Rasul satu-satunya media pertama daripada negara Islam yang berjaya melepasi kawalan ketat negara berkenaan,” jelas Mat Nasir mengenai cabaran mendapatkan visa ke Chechnya.

“Cabaran kedua pula, kami datang ke sana ketika musim sejuk. Jejak Rasul edisi lepas, kami banyak membuat liputan di negara-negara beriklim panas. Kali ini, keadaannya sangat berbeza. Langit sentiasa putih, salji sentiasa turun & waktu siangnya pendek. Kamera serta alatan elektronik yang lain agak sensitif dengan cuaca sejuk ekstrem, membuatkan kami terpaksa lebih berhati-hati.

“Cabaran ketiga, 70% bentuk muka bumi Rusia terdiri daripada banjaran & gunung. Di negara autonomi, pembangunan amat kurang disana ekoran kekangan kos. Pendek kata, kemudahan yang ada sangat asas & terhad. Memang ada jalan yang cantik, tapi kami pilih jalan yang susah kerana itulah jalan yang dilalui oleh pendakwah-pendakwah Islam di Rusia,” kata Mat Nasir sejurus sahaja selesai upacara pelancaran Jejak Rasul 17 yang dirasmikan oleh Menteri Luar Malaysia, Dato’ Sri Anifah Haji Aman sambil disaksikan sendiri oleh Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, En. Izham Omar ; Puan Yang Terutama Lyudmila G Vorobyeva, Duta Besar Persekutuan Rusia ke Malaysia; Tuan Yang Terutama Mr.Ihor V. Humennyi, Duta Besar Ukraine ke Malaysia; dan Tuan Haji Abdul Rani bin Lebai Jafar, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan RHB Islamic Bank Berhad.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét