Chủ Nhật, 24 tháng 7, 2011

Penyanyi Remaja Liat Bayar Hutang RM100.

Isunya di sini bukan’lah jumlah hutang yang diberikan, sebaliknya janji manis untuk pulangkan wang tersebut tidak ditepati. Ini yang terjadi kepada seorang penyanyi remaja lelaki berumur 15 tahun yang sehingga kini liat membayar hutang walaupun pernah berjanji dengan si peminjam untuk pulangkan wang tersebut.

Penyanyi remaja ini, kelibatnya mula dilihat apabila muncul dalam rancangan realiti nyanyian bertemakan kanak-kanak di sebuah stesen televisyen berbayar. Disebabkan penyanyi ini lambat mendapat bayaran, dia terpaksa meminjam wang untuk membeli baju sempena menghadiri sebuah acara. Penyanyi ini kemudiannya menghubungi si peminjam yang sudah bekerja ini untuk memohon bantuan. Atas dasar ingin membantu, si peminjam ini bank-in wang tersebut kepada penyanyi remaja berkenaan.

Hairan juga, penyanyi remaja yang rupanya agak jambu ini bukannya datang daripada keluarga yang susah. Mungkin ada sebabnya tersendiri.

Apabila si peminjam ini meminta semula wangnya, penyanyi remaja ini agak liat untuk membayar, malah men-delete nama si peminjam daripada senarai Blackberry Messenger (BBM).

Kata si peminjam, dia tidak lagi mengharap penyanyi remaja itu memulangkan wangnya, cuma dia tidak mahu remaja bertaraf kanak-kanak itu mempermainkan janji. Baginya, RM100 bukanlah jumlah yang besar untuk seseorang yang sudah bekerja, tetapi sesuatu janji yang sudah diikat, patut dipatuhi.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét