Thứ Tư, 18 tháng 5, 2011

Agenda Buku Jingga Lebih Realistik Dalam Menangani Isu IC

Dari KeadilanDaily

Aktivis masyarakat Sabah, Dr Chong Eng Leong yakin agenda Buku Jingga yang ditawarkan Pakatan Rakyat di negeri itu mampu menyelesaikan Projek IC di Sabah.

Menurutnya, Agenda Jingga yang dikemukakan itu realistik.

“Suruhanjaya untuk menyelesaikan ‘Projek IC Sabah’ seperti yang termaktub dalam agenda 100 Hari Pakatan Rakyat merupakan penyelesaian terbaik isu ini yang wujud sejak puluhan tahunlalu,” kata D r Chong dalam sidang media di Ibu Pejabat Parti KEADILAN Rakyat di Petaling Jaya tengah hari tadi.

Turut hadir dalam sidang media itu adalah Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin, dan ahli Majlis Pimpinan Pusat, Khalid Jaafar.

Exco AMK Pusat, Noor Azwan Ramli yang turut hadir pada sidang media yang sama berkata, AMK akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani taktik BN memperalat warga asing yang diberi taraf warganegara sebagai pengundi untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat. Jawatankuasa itu akan bermesyuarat pada 29 mei ini, kata Noor Azwan.

“Hasil mesyuarat itu kelak akan diangkat ke pengetahuan Biro Politik KEADILAN.

“Fokus jawatankuasa ini dengan membawa saksi,membuat laporan polis dan mengadakan kempen agar warga asing tidak terlibat,”katanya.

Beliau seterusnya menjelaskan, warga asing sendiri mendakwa ditipu Umno dan kroninya dalam sindiket ini.

“Ada warga asing memberitahu kita, mereka diperdaya membayar sejumlah wang tertentu untuk mendapatkan kad pengenalan dengan syarat mengundi BN. Namun, selepas bayaran dilangsaikan, ejen itu terus hilang,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta warga asing bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dengan membekalkan maklumat mengenai sindiket itu.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét