Thứ Năm, 19 tháng 5, 2011

Artis Lelaki Bujang Ditangkap Kes Pecah Rumah, Hanyalah Penyanyi Karaoke!

Semalam, heboh satu Malaysia apabila tersebarnya berita mengenai seorang artis lelaki bujang yang berusia 29 tahun tahun, berasal daripada Terengganu ditangkap gara-gara kes pecah rumah. ‘Artis misteri’ ini dikatakan pernah menjadi artis rakaman di Kuala Lumpur & pernah memenangi pertandingan Rock & Balada.

Sebentar tadi, sumber dalaman kami mengesahkan bahawa “artis misteri” tersebut bukannya seorang artis, sebaliknya hanyalah penyanyi taraf karaoke yang tak perlukan sebarang publisiti pun. Ketika ‘artis misteri’ ditangkap, dia memberitahu pihak wartawan bahawa dia pernah bekerja (bukan sebagai penyanyi) di sebuah syarikat rakaman di Kuala Lumpur.

‘Artis misteri’ ini memberitahu lagi, 2 tahun lepas dia ingin mengeluarkan album sendiri, namun tidak cukup duit. Pernah juga memenangi satu pertandingan taraf karaoke di Terengganu. Setelah gagal menerbitkan album, dia kembali semula ke Terengganu & mula terlibat dalam dunia dadah & jenayah.

Kami pasti ini kesilapan teknikal. Berkemungkinan besar ‘artis misteri’ ini berada dibawah pengaruh dadah ketika diwawancarakan. Kesian abang wartawan yang di temberang oleh ‘artis misteri’ ini.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét