Thứ Bảy, 14 tháng 5, 2011

Datin Orchid Abdullah Meninggal Dunia, Al-Fatihah.

Penyanyi pujaan ramai era 60-an, Datin Orchid Abdullah yang popular dengan lagu Penawar Rindu telah kembali ke rahmatullah, sekitar pukul 12-1 tengah hari, hari ini. Beliau menghembuskan nafas terakhir di wad ICU, Hospital Ampang.

Datin Orchid Abdullah telah bertahun-tahun menderita penyakit tumor yang dikenali sebagai paraganglioma.

Jenazah beliau akan dimandikan & disembahyangkan di masjid Taman TAR, Ampang & dikebumikan selepas waktu Asar. Semoga roh Datin Orchid Abdullah dicucuri rahmat & berada ditempat orang-orang yang beriman. Al-Fatihah buat Datin Orchid Abdullah.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét