Thứ Hai, 9 tháng 5, 2011

DiGi Live K-Pop 2AM Showcase : Dapatkan Pas Masuk Sekarang, Terhad!

Fenomena muzik pop Korea boleh dikatakan amat besar di negara kita, ini dapat dilihat daripada kebanjiran kumpulan-kumpulan pop seperti Wonder Girls, dan yang terkini 2AM. Kami sempat bertanya kepada followers twitter, “Kenapa korang minat pada 2AM?”

Nampak tak? Sebagai peminat tegar 2AM, mereka mempunyai alasan tertentu untuk meminati kumpulan pop korea ini. Dan, berita baik untuk peminat 2AM, DiGi akan membawa mereka ke Malaysia sempena DiGiLIVE K-POP : 2AM showcase pada 21 May 2011, jam 6pm di Wisma MCA Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Anda berpeluang merasai pengalaman hebat bertemu secara live dengan Jinwoon, Jo Kwon, Seulong dan Changmin pada sesi meet & greet apabila membeli CallerTunes 2AM! Peluang ini hanya terbuka untuk 60 pelanggan DiGi prabayar yang paling banyak menggunakan perkhidmatan. Jadi, kalau nak jumpa 2AM, pastikan anda telefon atau SMS dengan kerap.

Perebutan pas backstage meet & greet 2AM akan tamat pada 8 Mei 2011. Baik cepat-cepat, nanti menyesal tak sudah!

Bagi peminat yang ingin menonton persembahan 2AM, sebuah showcase akan bermula pada pukul 6pm-7pm di hari & tempat yang sama. Anda boleh mendapatkan pas showcase dengan cara yang paling mudah, rujuk rajah di bawah :

*hanya pas Zon C yang tinggal sekarang

Rasa tak cukup mengubati kerinduan terhadap 2AM lagi? DiGi tidak membiarkan impian anda terbiar begitu sahaja. Anda berpeluang mendapatkan autograf 2AM dengan menyertai peraduan di http://apps.facebook.com/digiwithtwoam/.

Apa lagi, jangan tunggu lama-lama. Kalau ikut pengalaman kami, memang sekejap je pas-pas ini habis. Untuk keterangan lanjut, anda boleh melawat laman Facebook DiGi Youths di www.facebook.com/digiyouths.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét