Thứ Ba, 10 tháng 5, 2011

Fatimah Juling : Perlukah Tajuk Drama Yang WTF?

Yah, it’s from the same producer who produce Halimah Jongang. Pagi tadi, aku ternampak sebuah papan tanda sebesar alam yang mengiklankan drama bersiri Fatimah Juling. Drama ini menampilkan Linda Hashim sebagai tonggak utama.

Nope, I won’t discuss the synopsis. Cuma, terdetik sebentar di hati, kenapa tajuk drama ini sangat what the F? Walaupun produser drama ini mempunyai 1001 alasan, namun ia bukanlah satu tiket untuk meletakkan tajuk drama berbentuk provokasi kepada orang-orang yang mengalami nasib tersebut.

Tiada respek, itu yang paling tepat. Ini bukan lawak, dan aku sendiri tidak merasakan ia sebagai satu masterpiece yang bijak. Kalau betul produser ini sangat berani, kenapa tidak menyentuh isu-isu semasa seperti politik atau artis-artis yang bermasalah? Contoh terbaik, secara peribadi aku merasa Afdlin Shauki berjaya membawa lawak kepada satu tahap yang tinggi. Afdlin Shauki membuatkan pelawak menjadi individu yang dihormati.

Tengok sahaja sketsa Oh Yeah yang menampilkan Afdlin Shauki, Zizan, Johan, Nabil & Sharifah Amani, semua lawak sinis mereka amat kena dengan situasi semasa tanpa menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. You guys have OHBULAN!’s respect!

Seorang blogger turut meluahkan perasaan yang sama, iaitu Syahril A. Kadir di entri Lepas Halimah Jongang, sambung pula Fatimah Juling, apa erti semua ini?

Dia berkongsikan kisah sedih seorang rakan, dan ia kisah benar.

Semalam seorang teman memberitahu kisah sedih yang berlaku di kawasan rumahnya. Di situ ada sebuah sekolah rendah, jadi setiap kali menjelang petang, riuhlah kawasan itu dengan gelak ketawa dan senda gurau kanak-kanak yang mahu pulang dari bersekolah.

Kebetulan di sekolah itu ada seorang murid perempuan Tahun Tiga yang mempunyai gigi yang agak jongang. Sejak itu, setiap kali pulang dari kelas, pelajar perempuan ini akan diejek beramai-ramai.

“Halimah Jongang…ha ha ha halimah jongangggggggggg,” kata mereka sambil menyanyikan lagu tema drama berkenaan.

Dan setiap kali itu jugalah pelajar perempuan ini akan tunduk malu sambil berjalan dengan tanpa melihat kiri dan kanan.

Menurut laporan tahunan Astro 2010, drama Halimah Jongang mencatatkan jumlah penonton yang mencecah 800 000 orang. Satu persoalan, adakah penonton kita ini terlalu murah, tak cukup intelek?

Followers Twitter OHBULAN! sempat memberikan respon & pandangan mereka terhadap soalan yang aku kemukakan berbunyi, “Drama bertajuk Halimah Jongang & Fatimah Juling, apa pendapat korang? We need your feedbacks.”

Ini respon mereka.

Dan akhir kata buat produser drama Fatimah Juling & Halimah Jongang daripada pihak aku, F U!


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét