Banyak blog yang mengkritik kumpulan Gula-Gula yang memperjuangkan muzik K-Pop, tapi tidak pada kami. Tak syok’lah kalau semua kutuk-mengutuk, tiada check & balance.
Berpijak pada bumi yang nyata, fenomena K-Pop mempunyai pengaruh amat besar di Malaysia. Lihat sahaja artis-artis K-Pop telah membanjiri Malaysia seperti 2AM, Wonder Girls & Rain. Mereka semuanya mempunyai peminat yang ramai di Malaysia.
Kumpulan Gula-Gula yang terdiri daripada 6 gadis iaitu Mei Mei, Chacha, Rara, Erwina, Joy & Achie mencuba nasib. Namun, mereka dikritik hebat kerana berpakaian seksi & kononnya tidak mempunyai identiti kerana meniru konsep K-Pop. Mengenai isu seksi, kami tak ambik port sangat. Sebab pada kami, Gula-Gula belum mencapai tahap piawaian seksi mengikut perspektif kami.
Oh ya, dikala ini kami sedang menonton V channel yang memaparkan lagu-lagu Korea. Nak dibandingkan dengan Gula-Gula, memang jauh. Antaranya, pemilihan gadis Gula-Gua yang tidak standardize. Ada yang awesome, tapi ada yang out of shape. Kurang K-pop!
Apatah lagi, Gula-Gula sanggup berpakaian seakan penari kelab dangdut, terutamanya gambar photoshoot seperti di bawah, agak menjengkelkan. Dah macam Rosalinda & the gang. Ha Ha.
Please, don’t wear this kind of wardrobe, next time.
Yang kiri sekali tu, boleh buang tak?
Nampaknya, Gula-Gula harus mengkaji lebih mendalam budaya K-Pop sebelum hadir ke dunia hiburan. Tanpa tahap kecomelan & hotness yang tinggi, Gula-Gula akan menjadi debu-debu yang bertebaran di angkasa raya.
Dari segi keberanian, kami tabik Gula-Gula kerana mereka berani mencuba sesuatu yang baru. Bukan apa, industri hiburan Malaysia memang kekurangan idea-idea baru, yang bisa mewarnai dunia seni. Percubaan berani ini, kalau tidak mempunyai perancangan yang rapi, boleh diibaratkan membunuh diri.
Disebabkan penulis-penulis OHBULAN! terdiri daripada lelaki yang tegar, Gula-Gula disarankan untuk tampil lebih seksi, mengoda. Please do so, we love it!
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét