Thứ Ba, 17 tháng 5, 2011

Hafiz AF7 Tolak Floor Manager, Terkehel Kaki Kerana Adira?

Cerita panas minggu ini, Hafiz AF7 diperkatakan telah menolak jatuh seorang floor manager sebuah program talk show di tangga sehingga terkehel kaki disebabkan Adira. Apa yang kami dengar, floor manager, berjantina wanita itu telah menganggu Adira dan menyebabkan Hafiz hilang sabar.

Insiden ini menyebabkan wanita tersebut tidak dapat melaksanakan tugasnya.

Imbas kembali, B*Pop pernah melaporkan bahawa Adira mempunyai hubungan sejenis dengan seorang tomboi, yang dikenali sebagai Zack, juga bekerja sebagai floor manager. Walau bagaimanapun, Adira menafikan dakwaan hubungan songsang tersebut. Kami tidak menuduh, cuma mengaitkan insiden tolak menolak ini dengan gosip pengkid yang pernah melanda Adira sebelum ini.

Sayangnya, Hafiz AF7 gagal mempertahankan rekod bersihnya kerana insiden ini. OHBULAN! nak nasihatkan, Hafiz perlu kekal profesional, jangan campur adukkan masalah peribadi. Bukan apa, awak tu selebriti yang dikenali, banyak mata yang memandang. Jadi faham-faham je lah.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét