Dari Harakah
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) tetap mahukan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi negeri.
Timbalan ketuanya, Mohd Sany Hamzan berkata, ini kerana telah terbukti kecemerlangan ekonomi Selangor ditunjukkan selepas pelantikan Anwar memegang jawatan tersebut melalui peningkatan jumlah pendapatan negeri dari tahun ke tahun.
Katanya, kejayaan Kerajaan Negeri Selangor mengekalkan pencapaian baik dari sudut ekonomi dibuktikan melalui lebihan pendapatan sebanyak RM124.24 juta pada kewangan berakhir Disember 2010.
Tambahnya, manakala hasil kutipan gabungan negeri berjumlah RM732.25 juta, berbanding RM608.1 juta pada Disember 2009 iaitu peningkatan sebanyak 20.43 peratus.
“Ekonomi yang melonjak ini ditunjukkan melalui pengurusan kewangan yang telus dan baik, di samping dasar ekonomi negeri yang menjurus kepada mesra pelaburan dan ekonomi mesra rakyat negeri ini,” ujarnya dalam satu kenyataan, di sini.
Ini, ujarnya termasuk dasar program kerajaan negeri seperti Program Merakyatkan Ekonomi Selangor dan tata kelola baik sehingga menarik minat pelabur dalam dan luar negara menjadikan negeri ini antara penyumbang hasil tertinggi di negara ini.
Ini juga, katanya disokong oleh pelbagai lagi inisiatif Kerajaan Negeri Selangor seperti Skim Mesra Usia Emas, Tabung Warisan Anak Selangor dan Bantuan Pendidikan.
Justeru, tegasnya DPPNS menolak sebarang bentuk perbuatan politik lucah di negara ini dan kita menuntut politik hujah.
Menurutnya, apa yang berlaku kepada Anwar adalah permainan jahat pihak-pihak tertentu yang kini melihat Pakatan Rakyat semakin hampir ke Putrajaya.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét