Thứ Hai, 16 tháng 5, 2011

Spyshot : Yassin Senario Langsungkan Majlis Pernikahan?

Kiriman gambar seorang pembaca OHBULAN!, Yassin Senario bersama seorang wanita lengkap dengan sepasang baju pernikahan menimbulkan tanda tanya. Pada pengamatan kami, kemungkinan besar Yassin Senario baru sahaja menamatkan zaman bujangnya bersama wanita yang dipercayai sebagai Farrah.

Kalau tak silap, krew Melodi pernah menerjah Yassin ketika ABPBH 2010 & bertanyakan soalan mengenai perkahwinan. Namun, ketika itu Yassin tidak memberikan komen-komen yang panjang mengenai status perkahwinannya.

Andai kata betul Yassin sudah bernikah, OHBULAN! mengucapkan tahniah buat Yassin Senario. Kami doakan moga perkahwinan Yassin kekal sampai ke akhir hayat.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét