Thứ Năm, 14 tháng 7, 2011

Doa Buat Saudara Fayyadh, Pengiring Dato Seri Anwar Ibrahim

Nota Admin

Saudara Fayyadh Afiq Albakqry   Pengiring Dato Seri Anwar Ibrahim telah selamat menjalani pembedahan pada 11 Julai 2011 di Hospital Pantai.

Pembedahan yang memakan masa 5 jam itu dilakukan untuk meletakkan Plat Titanium bagi menggantikan tulang pipi kirinya yang pecah akibat tembakkan peluru gas pemedih mata .

Peluru tersebut telah dilepaskan  oleh pihak Polis sewaktu beliau mengiringi Dato Seri Anwar Ibrahim bersama orang ramai di terowong KL Sentral menuju ke Stadium Merdeka untuk  menyertai Perhimpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011.Jika tidak kerana kecekapan dan keberanian beliau,peluru tersebut sudah pasti mengenai tepat pada Dato Seri Anwar Ibrahim.

Keadaan beliau kini stabil namun masih ditahan di Wad untuk pemerhatian lanjut.Marilah kita semua berdoa kepada Allah SWT agar Saudara Fayyadh sembuh dan kembali menggalas cabaran dalam perjuangan KEADILAN


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét