Thứ Năm, 14 tháng 7, 2011

Exclusive : Majlis Malam Berinai Farah AF2 – Video & Gambar.

Tanggal 15 Julai 2011, Farah Diana atau lebih dikenali sebagai Farah AF2 akan diijabkabulkan bersama Johan di atas sebuah bot di sebuah lokasi di Putrajaya, sekitar 3 petang nanti. OHBULAN! dengan kerjasama pihak Festival Pengantin, Dirich Vision, LHMediaTv, Afeeq & Ceritera Cinta akan membawa perkembangan terkini sepanjang berlangsungnya majlis perkahwinan Farah daripada awal hingga akhir, termasuk behind the scene!

Keunikan majlis perkahwinan Farah memang ada umpph! Bertemakan konsep Love Lake Garden, Farah & Johan akan disandingkan di atas pelamin yang direka indah oleh En. Ary, Wedding Couture.

Malam tadi pula, pihak LHMedia Tv membawa lintas langsung khas majlis malam berinai Farah AF2 di rumah kekandanya, di Gombak, Kuala Lumpur. Video & gambar selepas ini. Nantikan update lebih padat, hanya melalui OHBULAN! di hashtag twitter #FarahJohanKahwin.

Farah Johan Berinai FB7Farah Johan Berinai FB8Farah Johan Berinai FB9Farah Johan BerinaiFarah Johan Berinai FB13
Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét