Thứ Tư, 20 tháng 7, 2011

“For 2011, It’s Something New For You” – Nasha Aziz.

“For 2011, it’s something new for you. Saya terlibat dengan 2 telemovie, iaitu Embargo & Diari Pengasuh. Embargo mengisahkan kehidupan seorang wartawan yang mempunyai skandal, manakala Diari Pengasuh menceritakan seorang wanita yang kehilangan anak kerana dibunuh. Wanita tersebut dikatakan psiko, tapi sebenarnya tidak,” kata Nasha Aziz menceritakan comeback-nya dalam dunia lakonan kepada pihak media, semalam.

“Surat Al-Fatihah, sebuah drama dimana saya melakonkan watak sebagai seorang wanita yang tertekan dengan suami yang drug addict. Alhamdullilah, this 3 telemovie yang membuat jalan untuk saya aktif kembali,” kata Nasha Aziz memulakan cerita perjalanan kareernya.

Nasha Aziz turut menceritakan pegangan wataknya dalam drama terbaru di TV3, Supermak.

“Istimewanya drama Supermak, saya dengan rela hati nak pergi interview & casting kerana skripnya amat menarik. Sesuatu yang lain sebab saya terpaksa memainkan 2 karakter, iaitu seorang suri rumahtangga yang penuh dengan sifat keibuan di rumah, & seorang superwoman yang membanteras jenayah di rumah. Walaupun suami saya bekerja sebagai polis, dia tak tahu yang saya terlibat untuk menumpaskan penjenayah tersebut. Saya terpaksa coverline aktiviti ini daripada pengetahuan suami saya,” jelas Nasha Aziz mengenai wataknya.

Pada masa yang sama, Nasha Aziz juga akan kembali ke layar perak untuk sebuah filem adaptasi novel.

“September ini saya akan muncul sebagai cameo, memegang watak yang mencabar sebagai mama-san (ibu ayam), memberikan sedikit warna dalam kareer lakonan saya. This is what I want in my life. Filem ini bertajuk Skandal diadaptasikan daripada novel karangan Richie Rachman, terbitan Din CJ.

Selepas lama menyepikan diri, OHBULAN! turut tertanya-tanya apakah sebab Nasha Aziz kembali ke dunia lakonan.

“Sebelum ini saya tak terima tawaran kerana belum jatuh cinta dengan skrip yang ditawarkan. Pendapat saya, you better do something that you really like it. Saya melihat daripada sudut kreativiti, skil lakonan & tenaga kerja produksi untuk sesuatu drama & filem yang akan saya bekerja.

“Kalau saya tidak berlakon, saya akan aktif dengan dunia modelling. Juga aktif bersama pereka saya di negara China. Saya jenis yang tak boleh lakukan 2 kerja dalam satu masa. Sebab itu, saya perlu membahagikan kerja saya sebaik mungkin. Contohnya, bila time berlakon, saya akan berlakon sahaja. Bila time modelling, saya akan modelling sahaja. Tak boleh nak lakukan dua-dua kerja dalam satu masa, nanti hilang fokus,” jelas Nasha Aziz yang ditemui di Cineleisure Curve, Damansara.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét