Chủ Nhật, 10 tháng 7, 2011

Hos Without Boundaries, Henry Golding “Diserang” Ikan Jerung

Meletakkan pengacara popular Henry Golding sebagai hos untuk program ini sememangnya keputusan yang sangat bijak kerana Henry sememangnya gemar mengembara dan sangat ‘adventurous’. Personaliti Henry yang selamba, peramah dan berani memcuba benda-benda baru membuatkan program ini kelihatan santai.

Without Boundaries memuatkan 10 episod yang padat dengan info dan aktiviti-aktiviti menarik sepanjang berada di pulau dan pantai. Antara destinasi-destinasi yang dimuatkan di dalam program ini Pulau Perhentian, Pulau Redang, Tenggol, Lang Tengah, Pulau Tioman, Pulau Rawa, Cherating, Pulau Langkawi dan Pangkor Laut.

Henry juga akan membawa anda ke Sabah yang cukup dikenali dengan keindahan pulau-pulau di sana antaranya Pulau Manukan, Pulau Sapid dan juga Pulau Tiga yang cukup popular kerana menjadi lokasi penggambaran rancangan realiti popular ‘Survivor’. Tidak lengkap sekiranya tidak menyelam di Sipadan dan Mabul. Henry berkesempatan ke Sipadan dan Mabul dan turut ke Pulau Layang-Layang!

Henry yang mempunyai sijil menyelam akan membawa anda mengenali dan menikmati keunikan dunia di dasar laut tidak ketinggalan menyaksikan keindahan alam semulajadi yang pasti memukau pandangan anda!

Bila ditanya apakah memori atau pengalamannya yang paling sukar dilupakan, Henry bercerita bagaimana dia terserempak dengan ikan jerung Hammerhead semasa menyelam di Pulau Layang-Layang. Sambungya lagi “ kami sedang menyelam di sepanjang terumbu karang dengan kedalaman 35m, tiba-tiba entah dari mana, muncul ikan jerung Hammerhead di hadapan dan saya terkedu! Saya berfikir dalam diri sendiri “besar ikan ni. Eh kejap..dekatnya ia!

Bila saya mengetuk tangki oksigen untuk menarik perhatian mereka yang lain, ikan jerung itu sudah pun berenang pergi.

Tidak hanya berseronok, Henry juga terlibat dalam kerja-kerja amal sepanjang produksi berlangsung antaranya membantu menyelamatkan penyu-penyu, batu karang, menjaga kebersihan pantai dan banyak lagi. Pelbagai informasi dan tips-tips menarik yang turut dipaparkan dalam program ini. Segalanya tanpa batasan dalam Without Boundaries!.

Ikuti perjalanan penuh ‘adventure’ Henry Golding dalam rancangan Without Boundaries, setiap Rabu jam 9.30 malam bermula 13 Julai 2011 eksklusif di 8TV.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét