Thứ Ba, 19 tháng 7, 2011

Juara Program Realiti Dapat Anak Lagi?

Tup tup masuk ke telinga kami mengenai perihal seorang juara program realiti yang sebelum ini pernah mengejutkan peminat dengan perkahwinannya secara senyap-senyap. Penyanyi bersuara lantang ini kemudiannya melahirkan anak pertama, dan sejak itu terus menyepikan diri daripada dunia hiburan.

Kasihan juga, dulu penyanyi ini teruk difitnah kononnya telah melahirkan anak sebelum berkahwin. Mungkin enggan memanjangkan cerita, hanya selepas setahun barulah penyanyi itu mengadakan sidang media untuk menjelaskan perkara sebenar kepada umum.

Kini, sudah lebih 2 tahun penyanyi ini berumah tangga. Dan, alhamdullillah kehidupan penyanyi ini makin berseri-seri, apatah lagi dia & suami telah menyambut kelahiran anak kedua pula. Dengar cerita, anak perempuan! Mesti pandai menyanyi nanti macam ibunya juga.

Andai betul khabar gembira ini, kami dahulukan dengan ucapan tahniah kepada penyanyi tersebut.

Kredit berita : Gua Malaysia.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét