Thứ Năm, 7 tháng 7, 2011

Lufya Lancar Single Terbaru, Berjudul Diam.

Penantian selama 4 tahun untuk menerbitkan sebuah single memang satu jangka masa yang agak lama. Namun, Lufya atau nama sebenarnya Lufthya Sheikh Omar mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikan. Di majlis pelancaran single terbarunya berjudul Diam di Hard Rock Cafe, Lufya berkongsi suka dukanya sepanjang bergelar anak seni.

Menurut Lufya, sepanjang pembabitannya dalam industri hiburan, dia tidak tergesa-gesa untuk melancarkan lagu kerana ingin mengutip pengalaman sebagai pencipta lagu. Katanya, seorang artis lebih menjiwai lagu yang dicipta sendiri kerana adanya chemistry tersendiri.

Lufya pernah muncul dalam telefilem Awek Ku Bukan Awek Mu yang bersiaran di Astro Prima menganggap itu pertaruhan pertamanya sebagai anak seni. Selepas beberapa tahun, Lufya masih menyimpan impian untuk bergelar penyanyi, dan akhirnya melalui syarikat Lufya Omar Agency, impian tersebut menjadi kenyataan.

Berumur 26 tahun, Lufya merupakan anak sulung daripada 5 adik beradik mempunyai tanggungjawab yang besar. Sedar dengan komitmen tersebut, Lufya turut aktif bergiat sebagai pelakon iklan untuk jenama terkemuka seperti Avon, Kotex, Standard Chartered, Lipton, Nokia dan Pantene.

Kini, single Diam dipertaruhkan untuk memikat hati pendengar dengan rentak yang catchy, easy listening. Enjoice!


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét