Thứ Ba, 19 tháng 7, 2011

Penyanyi Wanita Tak Dilayan, Merayu Radio Mainkan Lagunya.

Kasihan juga penyanyi wanita ini yang mempunyai wajah yang cantik & suara yang sedap, namun entah apa silap rezekinya tidak kemana. Dulu, penyanyi ini pernah muncul dengan single, agak popular juga. Penuhlah karaoke box dengan permintaan lagu milik penyanyi ini.

Itu cerita dulu. Penyanyi ini kemudiannya menyepikan diri untuk memberikan perhatian kepada keluarga. Mungkin ada silapnya tersendiri, senyap terlalu lama membuatkan ramai peminat mula hilang sedikit demi sedikit.

Apabila single terbarunya menjadi OST untuk sebuah drama lagenda di televisyen swasta baru-baru ini, penyanyi ini mula mengorak langkah untuk memperkenalkan lagunya melalui corong radio. Malangnya, ada segelintir stesen radio yang enggan mainkan lagunya kerana nak promosikan lagu-lagu daripada artis baru. Penyanyi ini sudah banyak kali merayu kepada pihak terbabit daripada awal tahun hingga sekarang, namun tidak dilayan.

Dalam soal ini, kami tak salahkan sesiapa. Stesen radio mempunyai sasaran pendengar tersendiri, ada bisnes yang perlu dijalankan untuk memberi makan kepada staf-staf mereka. Mengikut situasi ini, masing-masing cuba menjaga kepentingan tersendiri. Kena faham tu!

Apa pun, kami harap penyanyi tersebut tidak putus asa. Banyak lagi cara lain untuk mempromosikan lagu, teknologi ada, gunakan sahaja.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét