Thứ Năm, 21 tháng 7, 2011

Persalinan Perkahwinan Memey Bernilai RM7.2 Juta!

Utusan Malaysia hari ini melaporkan pelakon Memey Suhaiza & Norman Hakim bakal melangsungkan majlis persandingan pada 28 September ini di Crowne Plaza Mutiara, dimana Memey Suhaiza akan mengenakan gaun bertatah mutiara lengkap dengan set barang kemas dan kasut yang kesemuanya bernilai RM7.2 juta.

Bagi melengkapkan cita-cita penganjur untuk mengadakan Wedding of The Year, Memey Suhaiza & Norman Hakim akan mengenakan pakaian & kemasan bernilai jutaan ringgit, antaranya :

  1. Memey akan memakai dua persalinan iaitu setiap satu bernilai RM500,000 tajaan Rafflesia ketika majlis persandingan.
  2. Memey juga akan mengenakan dua set barang kemas bernilai RM2.8 juta setiap satu merangkumi anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara.
  3. Memey juga akan mengenakan dua pasang kasut rekaan khas Prof. Datuk Jimmy Choo bertatah berlian yang dianggarkan bernilai RM300,000 sepasang.

Fuh, bukan main vass lagi perkahwinan Memey Suhaiza & Norman Hakim. Teringin juga kami nak dengar pendapat Abby nanti ye?


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét