Thứ Năm, 21 tháng 7, 2011

Prince Of Pop : Kumpulan K-Pop Tempatan, Main Jauh-Jauh.

Ya, walaupun suara mereka di-autotune-kan, serius agak layan sebenarnya lagu mereka yang berjudul “Main Jauh-Jauh” ini. Mungkin, ada pihak yang bising mengenai fenomena K-Pop dalam dunia hiburan tempatan. Apa ada hal, kan? Sekurang-kurangnya, kehadiran mereka mewarnai carta-carta lagu tempatan.

Antara mangsa-mangsa yang menjadi kritikan teruk maha azab ialah Max 24:7 & Gula-Gula. Banyak tentangan diterima, kononnya lagu mereka tidak mencerminkan budaya tempatan & meniru konsep K-pop. OHBULAN! pula berpendapat, asalkan kehadiran mereka tidak merosakkan industri, itu sudah cukup baik.

Anda perlu ingat, bukan semua pendengar Malaysia suka dengar lagu tangkap leleh, syahdu 24 jam. Tak kurang juga yang suka atau cenderung untuk mendengar lagu berentak K-Pop. Maka, kehadiran Max 24:7, Gula-Gula & Prince Of Pop ini lah yang memenuhi pasaran tersebut.

Kadang-kadang kami terkedu membaca komen yang berbaur kritikan melampau. Tak perlu’lah kami tuliskan disini, rasanya kalian pun tahu. Walau bagaimanapun, komen-komen anda yang bernas amat dialu-alukan. Kami tahu, masih ramai lagi yang bijak & tak beremosi ketika meninggalkan komen.

Apa pun, berikanlah sokongan padu kepada mereka. Jangan diperkecilkan usaha & cita-cita mereka. C’mon bebeh, enjoice lagu POP selepas ini.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét