Thứ Ba, 12 tháng 7, 2011

Roze, Artis Baru Dicalonkan 4 Kategori Anugerah Planet Muzik 2011.

Roze atau nama lahirnya, Rozeanna Kasmani, adalah anak kelahiran Singapura, dan baru setahun jagung dikenalkan kepada industri muzik Melayu di Singapura dengan lagu “Harum” ciptaan Imran Ajmain, Alyph dari kumpulan Sleeq and penulis lirik dari Malaysia, Shah Shamshiri. Kita di Malaysia masih belum kedengaran nama atau suaranya, let’s check it out.

Roze tercalon dalam 4 kategori iaitu VOKAL TERBAIK (ARTIS BARU WANITA), LAGU TERBAIK SINGAPURA, ARTIS SINGAPURA PALING POPULAR & LAGU SINGAPURA PALING POPULAR sempena Anugerah Planet Muzik 2011 yang akan berlangsung pada hujung minggu ini. Roze tidak keseorangan, dia turut dicabar oleh selebriti Malaysia untuk kategori Vokal Terbaik iaitu Ana Raffali & Aisya Hasna, penyanyi yang baru meningkat naik juga.

Adakah pencalonan itu memihak kepada kemenangannya? Kita tengok kalau dia mampu menang dan join kawan-kawan dari Singapura ke Kuala Lumpur seperti Aliff Aziz, Awi Rafael, dan terutama sekali Imran Ajmain yang mencungkil bakatnya semasa Hiphop gig sepuluh tahun yang lalu!

Roze pernah digelarkan ‘Beyonce Singapura’ dan secara kebetulan, Roze ni pernah memenangi pertandigan menyanyi dan berpeluang terbang ke Tokyo untuk berjumpa dengan Beyonce? Not bad.

Untuk yang ingin mengenali Roze, anda boleh menghubunginya melalui handler twitter @RozeKasmani.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét