Thứ Tư, 13 tháng 7, 2011

“Singing, Is A Part Of My Career” – Natasha Hudson.

“Singing, is a part of my career”, begitulah kata-kata Natasha Hudson yang kini bergiat dengan lebih serius dalam bidang nyanyian pula. Sebagai seorang yang versatile, Natasha Hudson berani mencuba nasib kerana dunia hiburan telah menjadi periuk nasinya sejak sekian lama.

Mengikatkan kontrak bersama syarikat rakaman Dream Club Production, Natasha Hudson & pihak produksi merancang untuk mengeluarkan satu single setiap bulan demi memenuhi kehendak pasaran.

Apabila ditanyakan mengenai persaingan bersama penyanyi tempatan yang sedia ada, Natasha Hudson membalas, “rezeki ini semuanya bergantung kepada tuhan, andai kata saya ditakdirkan menerima nasib yang baik, insyallah ada lah.”

Natasha Hudson telah pun mengeluarkan single pertamanya bersama Carleed yang berjudul Jika Aku Boleh Ubah Dunia sekitar bulan Mei 2011.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét