Thứ Ba, 19 tháng 7, 2011

Video : Zee Avi Berkain Batik Di Los Angeles, Untuk The Book Of Morris Johnson.

Zee Avi, anak Serawak & Youtube Star yang kini menetap di Los Angeles untuk membina kerjaya sebagai penyanyi telah mengeluarkan single terbarunya berjudul The Book Of Morris Johnson. Selain keunikan suara ala Norah Jones, Zee Avi turut menampilkan ciri-ciri tempatan dengan mengenakan kain batik serta susunan bunyi Sape, alat muzik Serawak dalam muzik video terbarunya.

Video klip ini turut dipaparkan secara premier di laman Huffington Post sempena temubual eksklusif bersama Zee Avi & Jon Chattman, hari ini. Artikel tersebut turut memetik kata-kata Zee Avi mengenai pembabitan awalnya dalam bidang muzik. Antaranya, “The first record was written in my bedroom in Kuala Lumpur. This (Book Of Morris Johnson) was in the middle of nowhere near the Florida Everglades in a friend’s backyard. I’d like to think there’s a little bit of growth.”

Enjoice video klimaks Zee Avi berkain batik, selepas ini.

In the Open: Zee Avi – The Book Of Morris Johnson from In the Open


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét