Thứ Ba, 19 tháng 7, 2011

Yasmin Hani Bakal Kahwini Shahrin, Bekas Suami Ida Nerina.

Satu cerita menarik yang diterbitkan oleh Mstar hari ini. Yasmin Hani, 32 mengakui akan menamatkan zaman anak daranya bersama Shahrin, iaitu bekas suami Ida Nerina pada penghujung Oktober, tahun ini.

Menurut Yasmin Hani, majlis akan diadakan secara kecil-kecilan untuk keluarga terdekat di Duchess Place, Jalan Ampang.

“Saya hanya ingin melakukan yang wajib sahaja, majlis pernikahan dan perkahwinan akan diadakan pada hari yang sama di Duchess Place, Jalan Ampang,” kata Yasmin Hani kepada rakan media, Mstar.

Yasmin Hani berkata bahawa dia yakin dengan keputusan untuk mendirikan rumah tangga kerana kedudukan ekonomi masing-masing pun sudah stabil, mampu berfikir dengan matang & kepercayaan yang tinggi antara satu sama lain. Apatah lagi, kini Yasmin Hani sudah pun bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri & merasakan Shahrin melengkapi kehidupannya.

Tambah Yasmin Hani lagi, Shahrin seorang penyayang & kelakar. Walaupun Shahrin seorang yang sukar difahami, namun mereka tetap berkongsi hobi yang sama, iaitu muzik & laut.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét