Thứ Ba, 12 tháng 7, 2011

Aizat Borneo Tour Di Kuching, Sabtu Ini.

Kasi Gegar Entertainment kini membawa Aizat untuk menghiburkan peminatnya dengan lontaran suara Sungai Lui pada 16 Julai 2011 di Kuching, Serawak. OHBULAN! pernah menghadiri konsert solonya yang pertama ‘URUSAN AIZAT AMDAN – LIVE IN DAMANSARA’ pada 29 Januari 2011 yang lalu, waktu itu kesemua tiket habis terjual. Jadi, anda yang berada di Serawak jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk bertemu dengan Aizat, serius puas hati!

Konsert selama 2 jam ini akan menyaksikan persembahan ‘live’ Aizat yang diiringi oleh 9 pemuzik & penyanyi latar yang akan memainkan lagu lagu hit Aizat dari kedua dua albumnya.

Pemuzik yang akan mengiringi Aizat secara “live” ini merupakan pemuzik asal yang juga terlibat dalam rakaman album kedua Aizat “Urusan Aizat Amdan”. Susunan musik bagi semua lagu adalah dibawah pengurusan Anas (abang Aizat) & Aizat sendiri untuk memberikan kelainan dalam persembahan Aizat nanti bagi mendapatkan sentuhan “live” dalam persembahan. Peminat-peminat akan menyaksikan persembahan Lagu Kita, Kau Aku, Susun Silang Kata, Hanya Kau Yang Mampu yang berlainan dari biasa dan juga lagu lagu “cover”.

Aizat juga telah menjemput dua artis dari “genre” hip hop terkemuka, Altimet serta DJ Fuzz untuk membuat persembahan bersama beliau.

Diantara tarikan konsert adalah seperti berikut:

  1. Persembahan lagu-lagu Aizat didalam susunan yang baru.
  2. Persembahan lagu “cover”
  3. Artis undangan dari Sarawak dan Sabah dan artis baru KGE, Amirullah untuk persembahan pembukaan
  4. Artis undangan, Altimet (penyanyi genre hip-hop terkenal) & DJ Fuzz

Tiket dijual dengan harga RM35 tiket biasa (kawasan berdiri & duduk ) dan RM50 tiket VIP (kawasan duduk). Tiket-tiket boleh didapati secara online di www.mall.aizatamdan.com dan akan dijual di kaunter-kaunter tiket Stadium Perpaduan Kuching dan Dewan KDCA, Panampang, Kota Kinabalu. Promosi jualan tiket tiket konsert juga akan dijalankan dilokasi lokasi yang akan diumumkan kemudian. 1000 pembeli tiket pertama akan menikmati kawasan khas ‘ROCK ZONE’ yang lebih dekat dengan pentas.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét