Thứ Ba, 12 tháng 7, 2011

Raja Aziz Addruse Meninggal Dunia

KeadilanDaily

Peguam tersohor, Raja Aziz Addruse, 75, meninggal dunia di kediamannya di ibu negara tengah hari tadi, akibat penyakit barah.

Allahyarham pernah menjadi Presiden Majlis Peguam sebanyak tiga kali iaitu 1976-1978, 1988-1989 dan 1992-1993.

Peguam terkenal itu juga pernah mewakili beberapa tokoh ternama termasuk Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes fitnah yang dihadapinya pada 1998.

Raja Aziz turut disenarai seorang daripada 13 peguam yang mewakili Anwar bagi tuduhan fitnah dan kes konspirasi kedua yang dihadapi ketua pembangkang itu.

Jenazah allahyarham kini ditempatkan di kediamannya di Bukit Kenny dan dijadual dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bukit Kiara selepas disolatkan. Al- Fatihah.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét