“Siot tak bagitau aku! Killer song tu!” sempat aku berbual dengan Altimet di BBM sebentar tadi.
“Bukan lagu aku pun, aku di-feature je,” balas Altimet.
“Aku suka gila lagu berentak ala elektro, macam ni,” kata aku lagi.
“Aku tak tau hang suka lagu elektro, aku ingatkan kau peminat tegar muzik keroncong,” balas Altimet dengan nada bergurau.
Untuk peminat tegar muzik ala David Guetta, buah tangan terbaru daripada DJ tempatan, iaitu Goldfish & Blink menampilkan Altimet & ZE! dalam single terbaru mereka berjudul, In The House. Muzik video ini telah menerima sekitar 47 000 viewers sejak di-uploadkan pada 30 Mei 2011, 2 bulan lepas.
Sesuai untuk anda yang sukakan kehidupan urban, lagu ini memang sesuai sangat dijadikan playlist dalam iPod atau pun kereta. Yah, bahagian rapping oleh Altimet, eargasm!
Anda boleh dapatkan lagu ini secara download melalui laman Amazon :- http://tinyurl.com/3pr8cle & ITunes :- http://tinyurl.com/3f4ycpz. Enjoice video klip selepas ini.
Link to full article
 
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét