Pelakon drama, Sharifah Shahora (37) kini menceburi bidang perniagaan dengan membuka sebuah kedai pakaian dalaman wanita, iaitu Fiedra Shahora Shop di Axis Taman Cempaka, Ampang, Kuala Lumpur. Nama kedai yang mengabungkan nama anaknya & dirinya dijadikan trademark supaya orang ramai lebih mudah mencari lokasi kedai tersebut.
Walaupun sibuk berlakon dengan program raya yang dijadualkan berlangsung di Tapah serta sebuah lagi produksi Geisha di Taiping, Sharifah Shahora tidak menyangka sambutan perniagaan pakaian dalaman yang diceburinya amat mengalakkan.
“Semuanya bermula di lokasi lakonan. Kadang-kadang, bahagian wardrobe tidak mempunyai aksesori yang mencukupi. Jadi, saya mula menjual secara kecil-kecilan dengan menyediakan padding kepada mereka. Apabila permintaan untuk barangan padding ini mula meningkat, saya mula terfikir untuk membuka sebuah kedai untuk memudahkan pembeli.
“Tapi, takkanlah nak jual padding je kan? Di kedai tersebut, saya turut menjual pelbagai lagi produk-produk lain yang berkaitan dengan pakaian dalam wanita,” jelas Sharifah Shahora yang ditemui di Restoran Seri Melayu, semalam.
Menurut Sharifah Shahora lagi, perniagaan yang baru sahaja dibuka selama 2 bulan telah dipromosikan melalui laman Facebook & Twitter. Setakat ini, akaun twitter @sh_shahora mempunyai sekitar 5000 followers.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét