Pelakon drama Ramadhan Terakhir, Aeril Zafrel turut menafikan khabar angin mengenai peristiwa pergaduhan dengan Anzalna di lokasi teater, malam tadi. Baca entri “Tidak, Kami Tak Bergaduh…” – Anzalna Nasir
“Sebenarnya, tiada apa-apa pun yang berlaku. Aku baru sahaja habis training untuk teater Tok Wali, tinggal nak balik je. Dalam teater ini, aku hanya mempunyai 1 babak sebagai seorang budak yang nak belajar silat.
“Member-member semuanya tengah berlatih berlakon, so aku pun tengok je lah. Kemudian, aku nampak Anzalna keluar daripada lokasi teater. Aku pun kejar’lah Anzalna. Dia kata dia penat & nak berehat dalam kereta. Disebabkan aku pun dah habis training, aku ambil keputusan untuk hantar dia balik. Ketika itu, semua pelakon tengah berlatih, tak berhenti pun.
“Selepas aku hantar Anzalna balik. Aku call Abang Joe (orang produksi) sebab nak balik rumah terus. Mereka okay je sebab babak aku pun dah habis. Pada aku, kelakar’lah khabar angin ni sebab memang tiada apa-apa pun berlaku,” kata Aeril Zafrel menjelaskan situasi sebenar.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét