Thứ Năm, 14 tháng 7, 2011

“Tidak, Kami Tak Bergaduh…” – Anzalna Nasir

Desas-desus tidak enak mengenai model serta pelakon baru, Anzalna Nasir (23) mula kedengaran lagi. Khabar angin mengatakan Anzalna kini mempunyai hubungan percintaan dengan seorang pelakon baru, Aeril Zafrel. Kononnya, sudah banyak mata-mata yang nampak mereka berdua sentiasa bersama.

Selain itu, khabar angin turut menyebut bahawa Aeril Zafrel & Anzalna pernah bergaduh ketika berada lokasi latihan teater sehingga menggangu perjalanan seluruh produksi. Apa pun, pertemuan OHBULAN! bersama Anzalna malam tadi dapat menjelaskan segala desas-desus tersebut, selepas ini.

“Saya dengan Aeril Zafrel sebenarnya sudah berkawan lama, lebih kurang 6 tahun. Walaupun ketika itu saya mempunyai teman lelaki, namun kami berdua kekal sebagai kawan rapat. Mudah cakap, BFF.

Jujurnya, saya tak mempunyai ramai kawan. Aeril antara kawan yang paling baik dengan saya. Jadi, tiada istilah bercinta antara kami berdua,” jelas Anzalna menafikan gosip percintaan bersama Aeril Zafrel.

“Mengenai khabar angin pergaduhan di lokasi teater, itu juga tidak tepat. Pada hari tersebut Aeril sedang menjalani latihan teater Tok Wali. Saya akui berada di lokasi teater, namun sekadar memberikan sokongan kepada Aeril.

“Saya jenis yang tak tahan mengantuk. Semasa latihan berlangsung, saya meninggalkan lokasi teater sebab nak tidur dalam kereta. Kemudian, Aeril mengejar saya kerana risau dengan keadaan saya. Ketika saya beredar, memang keseluruhan produksi sedang menjalani latihan. Pelik juga sebab ada orang yang berkata bahawa kami’lah penyebab latihan seluruh produksi terganggu.

“Pada saya, khabar angin tersebut memang tidak tepat sama sekali,” jelas Anzalna yang berterus terang kepada pihak kami.

Anzalna Nasir & Aeril Zafrel Bercinta?Anzalna Nasir & Aeril Zafrel Bercinta?Anzalna Nasir & Aeril Zafrel Bercinta?
Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét